Wednesday, April 28, 2010

Al- Fatihah Buat Mak Cik Esah

Al- fatihah kepada Mak Cik Esah Pak Nik Mat yang telah meninggal dunia pada 25 April 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat ILAHI dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Mukim But kehilangan seorang lagi anak mukim yang boleh dikatakan antara 'Orang Lama' yang menetap di Kg But.

PERGI

Di daerah ini dia hadir
Menyelami erti sebuah kehidupan
Hingga satu masa saatnya tiba
Dia perlu pergi jua........

Friday, February 12, 2010

KEDUDUKAN KAMPUNG BUT

Buat rakan-rakan yang ingin mengetahui kedudukan Kampung But...

sila klik  http://wikimapia.org/13814077/Kampung-But.

Aku selalu buka sebab nak tengok rumah aku dari angkasa.... hilang segugus kerinduan.... mengamit kenangan zaman kanak-kanak.....

Muhaymin
PERDANA PUTRA,
PUTRAJAYA.
18.15 pm.

Thursday, December 10, 2009

Menjengah Desa Tercinta

Assalamualaikum.... dan Salam Perkenalan....

Blog ini diwujudkan sekadar mengimbau dan berkongsi memori, pengalaman dan detik-detik kehidupan aku di desa yang dikenali sebagai  KAMPUNG BUT sejak aku dilahirkan hinggalah kini.

Juga sebagai peringatan agar diri ini tidak lupa tempat asal-usul, adat dan budaya,saudara-mara, teman-teman sepermainan, rakan-rakan dibangku sekolah dan suasana kehidupan sebuah desa yang nyata berbeza dengan kehidupan di kotaraya.

Apa yang nyata pengalaman di desa begitu berharga dan tiada nilainya. Sesungguhnya banyak yang ingin diperkatakan dan akan dikongsikan bersama pengunjung-pengunjung blog ini sekaligus MEMPROMOSIKAN nama KG. BUT.

Blog ini tidak berniat untuk menyinggung atau menyakiti  mana-mana pihak, cuma ingin berkongsi dengan semua tentang kehidupan di desa. Tuan/puan terutamanya warga KG. BUT dialu-alukan untuk berkunjung dan memberi komen serta cadangan yang membina.

Sekian...

MUHAYMIN
(Anak Perantau)